Sunday, 12 October 2008

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA!

Walaupun aku tau tarikh entry ni 12 Syawal, tapi aku rasa masih tidak lewat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada yg membaca blog ini. Harap maaf zahir & batin, dan halalkan makan & minum diriku ini. Chewah!

Bercerita tentang raya di perantauan ni mmg seronok sebenarnya walaupun kadang-kadang tu sedih sebab jauh dari keluarga & sanak saudara. Pagi raya tu seperti di Malaysia, kitorang beramai-ramai pegi ke masjid utk sembahyang raya. Memandangkan raya tahun di jatuh pada hari Rabu & semester telah bermula, ada sesetengahnya terpaksa 'bersembahyang raya' di dlm kelas, termasuk la aku.

Selepas sembahyang raya, rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi org-org Melayu kat sini berkira-kira nak serbu rumah mana dulu memandangkan terdapat hampir 50 buah keluarga Melayu di sekitar Govanhill tempat yg aku duduk ni. Disinilah bermulanya acara makan-memakan sehingga lah lewat malam. Kalau sekali serbu tu mmg tak agak-agak, dekat 3-4 keluaga utk 1 team raya. kat Govanhill ni, adalah 4-5 team raya Tu blom masuk budak2 kecik lagi. Rumah tuan rumah pun bukannye besar sgt. Porak-peranda la kejap rumah tuan rumah. Disebabkan raya, maka dilupakan saja masalah tu. 

Dari segi makanan, ada sesetengah keluarga yg rajin membuat kuih raya, especially kalau family tu ada anak dara 2-3 org. Tapi mana2 husband n wife yg blaja, mempunyai anak2 kecik, dan tak sempat atau tak reti wat kuih raya, dorang tempah khas dari Malaysia.
Jangan terkejut yg kami di perantauan ni ada jugak serve nasi impit, lemang dan seangkatanya di hari raya. Yg aku perasan tahun ni kebanyakkan rumah buat pulut kuning dgn kari ayam disamping nasi impit, soto dan lemang. Disebabkan pulut kuning adalah fav aku, maka raya tahun amat bermakna bagi aku:-)

Ada juga sesetengah keluarga especially yg baru kawin & lom ada anak, dorang beraya sambil berjalan di Paris, Rom, etc. Tu dorang punya pasal la nak raya kat mana kan

Raya kedua sampai penghujung Syawal, bermula lah sesi open house, terutamanye di hujung minggu. Maka porak-peranda la rumah wat kali kedua. Disebabkan raya, dilupakan semua masalah2 itew. Inilah peluang kami semua untuk mengenali lebih rapat dengan muka2 baru yg baru sampai di Glasgow, dan muka2 ni lah yg wajib ada ni setiap rumah terbuka:-)
Aku dapati raya di sini lebih meriah berbanding di Malaysia. Budaya kunjung-mengunjung dan dikunjungi tidak henti2 sambil bermaaf-maafan. Itulah manisnya Aidilfitri di perantauan.

Begitu lah kisahnya raya kami di perantauan. Semuanya dilakukan secara sederhana. Nak buat besar2 tak bleh, sbb takde duit. Maklum lah kami semuanya student:-)

2 comments:

Aizar Azman said...

waaaaaaa...
bestnye die raya ek...
eleh,tp raya ngan parent kan??
sambil2 ley usha awek2 gak..

o0o0o,peminat pulut kuning,cam adek sy je..

*bile la nak rase raya di perantaun neh..huhu

Aizar Azman said...

apdet la encik..hadui