Sunday 12 October 2008

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA!

Walaupun aku tau tarikh entry ni 12 Syawal, tapi aku rasa masih tidak lewat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada yg membaca blog ini. Harap maaf zahir & batin, dan halalkan makan & minum diriku ini. Chewah!

Bercerita tentang raya di perantauan ni mmg seronok sebenarnya walaupun kadang-kadang tu sedih sebab jauh dari keluarga & sanak saudara. Pagi raya tu seperti di Malaysia, kitorang beramai-ramai pegi ke masjid utk sembahyang raya. Memandangkan raya tahun di jatuh pada hari Rabu & semester telah bermula, ada sesetengahnya terpaksa 'bersembahyang raya' di dlm kelas, termasuk la aku.

Selepas sembahyang raya, rakyat Malaysia atau lebih tepat lagi org-org Melayu kat sini berkira-kira nak serbu rumah mana dulu memandangkan terdapat hampir 50 buah keluarga Melayu di sekitar Govanhill tempat yg aku duduk ni. Disinilah bermulanya acara makan-memakan sehingga lah lewat malam. Kalau sekali serbu tu mmg tak agak-agak, dekat 3-4 keluaga utk 1 team raya. kat Govanhill ni, adalah 4-5 team raya Tu blom masuk budak2 kecik lagi. Rumah tuan rumah pun bukannye besar sgt. Porak-peranda la kejap rumah tuan rumah. Disebabkan raya, maka dilupakan saja masalah tu. 

Dari segi makanan, ada sesetengah keluarga yg rajin membuat kuih raya, especially kalau family tu ada anak dara 2-3 org. Tapi mana2 husband n wife yg blaja, mempunyai anak2 kecik, dan tak sempat atau tak reti wat kuih raya, dorang tempah khas dari Malaysia.
Jangan terkejut yg kami di perantauan ni ada jugak serve nasi impit, lemang dan seangkatanya di hari raya. Yg aku perasan tahun ni kebanyakkan rumah buat pulut kuning dgn kari ayam disamping nasi impit, soto dan lemang. Disebabkan pulut kuning adalah fav aku, maka raya tahun amat bermakna bagi aku:-)

Ada juga sesetengah keluarga especially yg baru kawin & lom ada anak, dorang beraya sambil berjalan di Paris, Rom, etc. Tu dorang punya pasal la nak raya kat mana kan

Raya kedua sampai penghujung Syawal, bermula lah sesi open house, terutamanye di hujung minggu. Maka porak-peranda la rumah wat kali kedua. Disebabkan raya, dilupakan semua masalah2 itew. Inilah peluang kami semua untuk mengenali lebih rapat dengan muka2 baru yg baru sampai di Glasgow, dan muka2 ni lah yg wajib ada ni setiap rumah terbuka:-)
Aku dapati raya di sini lebih meriah berbanding di Malaysia. Budaya kunjung-mengunjung dan dikunjungi tidak henti2 sambil bermaaf-maafan. Itulah manisnya Aidilfitri di perantauan.

Begitu lah kisahnya raya kami di perantauan. Semuanya dilakukan secara sederhana. Nak buat besar2 tak bleh, sbb takde duit. Maklum lah kami semuanya student:-)

Saturday 30 August 2008

New Template

New template for the ol' blog. Tetiba terasa rajin plak nak memperbaharui blog yg sepi ni.
Sebelum terlupa, congrats to Shima sebab join skali dalam dunia blog-memblog ni. Rajin2 kan lah diri tu mengupdate blog yer. hehe
Okeh, sampai sini dulu. Akan diupdate semula pada tahun depan
Zassss

Friday 18 July 2008

Update

Lame tak jenguk blog ni, padahal blog sendiri. Nasib la pada sesapa yg rajin jenguk blog aku ni, tp takde update dari aku. Tapi, ade ke yg rajin jenguk?

Friday 13 June 2008

Durian..durian...!!



Pergh..nikmat yg amat bila dpt makan durian setelah 3 tahun kat Glasgow ni. Kebetulan terjumpa kat Chung Ying masa nak cari rempah korma. Harga? £7.55 sekilo. Nak makan pon kena slow2, n menikmati durian tu btol2

Wednesday 4 June 2008

Choti-choti

Summer holiday is near. Cadangnak pegi camp dkt highland. Tapi tak comfirm lagi. Mungkin plan akan bertukar gi ke europe, either paris, spain @ italy. ikut budget. Tapi yang pasti, angan2 untuk overtime weekdays mcm tak kesampaian je
Blogged with the Flock Browser

Thursday 22 May 2008

Exam dah abes. YEARGHHH!!!!

Yosh, exam dah abis! lega giler rasa lepas street 2-3 bulan ni. Stress?? But unfortunately xbox 360 aku kena 3rod.  demmit
Blogged with the Flock Browser

Tuesday 4 March 2008

March Snow



Nothing is impossible in Glasgow. Snow in March, 4 seasons in a day, you name it. Memang tak sangka semalam snow turun di Glasgow, walaupun tak tebal.
Anyway, semalam sangat sibuk dengan kelas, so tak sempat nak bergamba dengan snow. Semalam Sakinah siap main sledge ngan Ayah. Memang sungguh jeles dibuatnye.
Jadi hari ni amik gamba puas2 dengan kamera Nikon D40 yg aku baru beli semalam.

Nikon D40



Yaa...aku beli digital slr jugak akhirnye. Abis duit aku berjumlah £371 kat kedai Jessops semalam. Harga kamera Nikon D40+kit lens £280, tapi tambah accessories lain macam SD card, bag, lens filter, extended warranty, tu yg tambah £100. Kalau ikut blog aku yg lepas, aku berangan nak beli Nikon D60, tapi nape lak aku gi beli D40 lak?
Ini disebabkan oleh harga Nikon D40 yg jauh lebih murah dari D60, infact dslr yg paling murah dlm market. Even though D40 hanya ade 6mp, dan kamera tu dah 2 tahun kat pasaran,
tapi tu dah cukup baik bagi aku. Lagipun, aku rasa megapixel tinggi2 ni pon bukannye penting sangat. 6mp ni dah cukup untuk print gambar size A4, & aku rasa D40 amat sesuai untuk beginner mcm aku ni. Lepas ni aku nak kumpul duit, beli lens yg panjang sket. Duit...duit!!!

OUT!

Friday 29 February 2008

Esok Kerja

Esok keje+overtime. Ni semua gara2 nak beli dslr la ni, terlebih rajin keje.
Tapi bagus jugak, dari duduk kat rumah je. Gambatte!

Tuesday 26 February 2008

Canon 400D? tanak...tanak. Nak Nikon D60 plak



Nikon D60

No more Canon 400D. Reason? Sebab setelah aku survey2 harga lense, Canon 400D teramatlah mahal compare dengan Nikon D60. Lagi pun D60 ni keluaran terbaru Nikon. Siap ade integrated sensor cleaning (same dengan Canon 400d), tetapi ditambah lagi dengan airflow control system. Wahai Nikon D60, akan ku dapatkan ko dalam 2-3 bulan lagi.

full spec here: Nikon D60 Spec

Friday 22 February 2008

Canon 400D...Canon 400D..



Canon 400D.

Waa...bile le aku nak beli dslr ni. apsal tah tetiba je tergila-gila kan dslr. sebelum ni tak amik kisah pon. huhu. check kat ebay, amazon, jessops, sume harga >£300. nampak gaya xbox 360 aku tu kena jual la untuk beli camera ni. waarghhh!!

Monday 18 February 2008

Google Android. Open platform handset?

Click here for Google Android main page

Click here for the news

Nampaknye lepas ni user bole design software sendiri untuk handset masing2. best2

Monday 11 February 2008

11 Feb 2008 punya cerita

"Mr. Omar, u should come at 10am, not 11am. This class is for BEng student only" kata lecturer Manufacture n Material aku. Dammit, aku masuk salah kelas rupanye. Dalam jadual aku sepatutnya waktu tu kelas aku. Bile tah tukar jadual baru nieh. Ni le akibatnye bile tak check kat notice board. Well, dengan muka setebal tembok China aku tinggalkan kelas tu. Chait!

Sementara nak tunggu next lecture kol 1pm, aku surfing tenet, survey2 MacBook untuk HE student, pastu solat Zohor, n makan chips kat cafe. Ya, aku sensorg je dlm masa 2 jam tu. Kengkawan aku pegi tah memane.

Cerita mengenai kelas Mechanical Eng Design kol 1 lak. Lecture arini sungguh BORING YANG AMAT. Lecture pasal bolt design. Aku berapa kali tah terlelap. Dah la ari sebelum tu wat overtime, kol 12mlm baru tido. Bile lecture nampak aku n beberapa student lain dah tersengguk2, lecture bagi break jap. Aku cepat2 gi cafe, beli mocha. Lepas amik beberapa sip, baru la cerah balik, n bole focus semula, berbeza ngan mula2 start lecture tadi.

Conclusion, arini ari yang malang, ntantuk dan boring bagi aku.

OUT!

Sunday 3 February 2008

Opera 9.25 Web Browser
















Aku baru je guna Opera web browser ni, ade la dlm 3 minggu, yg mana sebelum ni aku menggunakan Mozilla Firefox hampir 4 tahun.

Untuk masa 3 minggu ni, aku dapati web browser ni sungguh user-friendly, walaupun aku agak terkial-kial menggunakannya pada hari pertama.

Seperti Mozilla Firefox dan beberapa web browser lain seperti IE7 & Safari, Opera
juga mempunyai Tab Browsing, Bookmark Tab, Popup Blocker, Changeable Skin
Interface dan lain2.

Tetapi Opera ini ade keistimewaan tersendiri. Contohnya Opera mempunyai build-in torrent downloader. Jadi user tidak perlu install client torrent seperti BitTorrent,
atau uTorrent atau pun install external plug-in di web browser. Selain itu, tab page bole scroll dengan menekan right click mouse
button+scroll wheel. Ini akan mempercepatkan penukaran window tab. Opera juga mempunyai
Speed Dial. Ini berfungsi sebagai short-cut untuk fav web page korang.
Bercerita mengenai browsing speed, aku dapati Opera lebih laju dari Mozilla Firefox setelah beberapa kali aku
membuat benchmark. Dari segi security, aku berpendapat sistem keselamatan
Opera tidak jauh beza dengan Mozilla Firefox.

Namun, didalam dunia ini, setiap ciptaan manusia tidak sempurna.
Ini termasuklah dengan Opera. Kadangkala, browsing speed sangat lambat walaupun membuka page yg sama dengan Mozilla Firefox.
Tetapi ini sangat jarangberlaku.

Overall, aku akan stick menggunakan Opera. U all juga bole mencuba
web browser ni.



Opera Homepage

Download Opera

List web browser benchmark

http://nontroppo.org/timer/progressive_raytracer.html
http://nontroppo.org/timer/Mesh_Transform.html
http://nontroppo.org/timer/3D_cube.html
http://nontroppo.org/timer/jsspeed2.html
http://nontroppo.org/timer/Hixie_DOM.html

Blogging

As expected, aku sangat malas untuk update blog ni. Aku tidak seperti org lain yg gemar membuat self-journal di blog. Aku akan cuba sedaya upaya untuk cuba lebih kerap update blog ini
Sekian