2-4 Nov 2007
Kitorang kat Scotland, dan penduduk Glasgow khususnye ade organise lawatan sambil belaja kat Isle of Skye, Scotland. Kursus ni diadakan untuk freshies yg baru sampai kat Scotland ni. Peserta adalah dari Glasgow, Dundee, Aberdeen n Edinburgh. Kebanyakkannye adelah undergrad, cuma sebilangan kecik je peserta postgrad. Mcm2 aktiviti yg diadakan selama 2 ari 3 mlm ni, antaranye ceramah, ceramah, forum dan ceramah. Walaupon nampak boring, tapi seronok jugak sbb penceramah terer wat lawak. Aktiviti lain yg kitorang wat, ade treasure hunt dan yg paling best round2 Isle of Skye
2 Nov 2007
Kitorang bertolak dari Glasgow kol 6 ptg. Ada sedikit difficulties masa nak bertolak sbb org dari Glasgow ramai tapi mini bus yg disewa tak mencukupi. Jadi, ade yg terpaksa berkorban untuk ditinggalkan. Convoy dari Glasgow terdiri dari 2 mini bus n 1 mpv Honda Odessey. Total rasanye dlm 30 org termasuk bdk2 kecik. Difficulties yg len, sesat kat bandar Glasgow untuk pergi ke motorway sbb gps bengong. Dekat setengah jam jugak la sesat kat Glasgow ni, tapi akhirnye problem ni dpt diatasi bile gps tu berfungsi yg sepatutnye. Jln malam mmg boring, sbb kiri kanan gelap je, walaupon aku tau scenery lawa bile waktu siang. Lebih2 lagi bile jln kat kwsan perkampungan yg tak dpt mobile signal. Aku rasa rugi bile jalan waktu mlm ni.
Kami tiba di Isle of Skye hampir 1 pagi setelah 2 kali rehat. Selepas check-in, mkn mlm, etc, pukul 4 pagi baru tido.
3 Nov 2007
Pepagi lepas breakfast ade ceramah. Masa ni sume bersemangat lagi. Then sejam lepas tu ade forum lak, mengenai kejayaan student yg dah dah grad semasa blaja kat UK. Then ade lunch. Lepas lunch ade video mengenai camne student2 ni blaja, but i'm not bothering wit it, aku cabut gi tmpt len. hehe. Petang tu lepas asar, ade treasure hunt. Sambil carik hrta karun tu, sambil amik gamba.
Malam tu lepas maghrib, ade ceramah mengenai fiqh. Ni menarik perhatian aku sbb ramai peserta tertido. Peserta yg ponteng pon ramai. kwang kwang kwang. Fiqh, ustaz Elfinor tu kate fiqh ni sesuatu yg bergerak dan berkembang. Nak blaja fiqh ni kena open minded, dan lapangkan dada.
Lepas ceramah, ade mkn mlm lak. Kali ni ade sweet lamb. Adik aku yg tolong makcik tu masak kate die taruk cream soda kat kambing tu. Mmg best ah. Lepas mkn mlm tu aku, abg faisal ngan hazimin anta ustaz Elfinor ke Inverness. 2 jam jugak perjalanan ke sana. Sampai hotel semula dah 1 pagi. Lambat lagi aku masuk tido.
4 Nov 2007
Hari last dan ari jenjalan untuk semua. Ni aku tanak citer banyak la. Pemandangan mmg lawa dan signal tepon mmg takde.