Tuesday 25 September 2007

Perjalanan Panjang

Ari Lasso - Perjalanan Panjang

Hidup, hidup ini indah

Meskipun takdir
Terkadang tak lama

Cinta, cinta memang manis
Walaupun perih
(Mem)buatku menangis
Merobek hatiku

Reff :
Kuharus terus berlari
Sebelum nafasku terhenti
Karna hidup adalah
Sebuah perjalanan panjang

Aku, kamu, kita semua
Menatap langit
Semakin kelam
Kian menghitam

Reff :
Kuharus terus berlari
Sebelum nafasku terhenti
Karna hidup adalah
Sebuah perjalanan panjang
Kuharus terus berlari
Sebelum nafasku terhenti
Karna hidup adalah
Sebuah perjalanan panjang
Sebuah perjalanan panjang
Sebuah perjalanan panjang


* Lagu yg aku dengar masa type blog ni*

Ari ni 1st day class untuk 3rd year aku. Tp yg tak best nye, 1st class lagi dah datang lambat. Ni sume gara2 lambat tengok jadual. Padan muka aku. Kelas start dari kol doblas, sampai kol 5 petang. Lame tuh. masa break 2 jam tu, aku lepak dekat bar ngan member, sebab dorang lunch kat situ. Aku ni yg puasa tengok jer la dorang makan. Terliur gak la bile terbau chips yg dorang makan. Tapi lame2 ilang dah bau tu. Abis kelas kol 5, aku balik umah naik bas. Jalan jem teruk. Dekat sejam aku kat dlm bas tu, padahal kalau traffic ok, amik masa 15min je nak rumah.
Aku ni pon tanak la type panjang2, aku nak gi tido. Esok keje+ade kelas. Adoiii


Monday 24 September 2007

Minggu Yang Sibuk

Dekat seminggu rupenye aku tak update blog aku. Sangat sibuk la sejak dua menjak ni. Dengan kerja la, gi berjalan kat town la, gi buka puasa kat umah org la. Sibuk la tu kan?
Ok, honestly, aku punye azam ramadan ni kantoi lagi. Dah banyak aku miss terawih kat masjid dlm seminggu ni. Sedey2. Tp ape bole wat, kena ikut ayah aku gi keje memalam lepas magrib. Kalau tak pon, parents aku jemput member2 berbuka kat umah. Dorang plak kol 10mlm baru balik. Kire dah termiss terawih. Takkan nak tinggalkan tetamu, cam tak elok jer.

Dalam bulan puasa ni, ramai lak member omputih aku tanye larat ke puasa 13jam sehari. Aku cakap larat la. Ape tak larat lak. Hari pertama tu mmg terasa tercabar gak la. Tapi cuaca sini tak sepanas cam kat Malaysia. Jadi takde la haus sangat. Lapar tu, lapar la jugak, tapi masih bole tahan berbanding dengan haus.

Arini Bank Holiday. Masa ni bank dengan skolah cuti sehari. Tp aku amik peluang ni nak cuti gak. Dah 2 minggu ni aku takde off keje. Bdn pon dah kureng & terasa nak demam jer. Semalam kat tempat keje lagi dah terasa nak demam. Gara2 aku masuk patient room yg kosong. Selalunye bilik kosong ni nak kena major cleaning, sebab kemungkinan ade patient mati ari sebelumnye. Jadi nak kena bersihkan bilik tu untuk bunuh kuman & virus konon nye, tp ni bukan tugas aku. Bile tanye nurse, dorang kate bukan untuk major, so aku la yg kena bersihkan. Tp mmg betul pon, tak lame lepas aku bersihkan bilik2 kosong tu, ade patient yg baru masuk.

Dah blur dah otak aku ni nak type lagi. Nanti2 lah aku cerita lagi

Tuesday 18 September 2007

Tiada Tajuk

Seperti kamu sume sedia maklum, post kali ni bertajuk 'Tiada Tajuk'

Mlm ni dah masuk 2 kali aku miss terawih kat masjid. Semalam disebabkan ade tetamu datang untuk berbuka, dan arini sebab ikut parents gi keje.

Cerita mengenai semalam, adalah merupakan hari membuli dan memenatkan diri sendiri. Alkisahnye, aku tolong tunjuk abg Rosli yg baru sampai 2 minggu lepas gi university untuk register dan mendambakan diri ke GCU. Punyela ramai org, bersesak2 masa nak register. Pada pendapat aku, tahun lepas punye registration management lagi teratur berbanding semalam. Tapi takpa, setahun sekali jer. Kemudian aku bwk abg Rosli gi jln2 kat town. Kelabu bijik mate die tengok barang murah2. Mana tak kelabu kalau tengok kasut Diadora £12 jer. Tu belum masuk RBK, Adidas ngan Nike lagi. Lepas tu gi kedai baju plak. Lagi kelabu bijk die ngan bijik mata aku skali bile tengok jeans ngan t-shirt harga tak sampai £10. Tapi yg ni brand biase2 je la. Kalau Levi's mau cecah £70. Lepas tu kami gi kedai computer plak, sebab aku cadang nak beli skype phone atau headset dengan usb hub. At last aku beli usb hub ngan headset, sebab kalau phone kena pegang. Lain la kalau cordless, bole bwk pusing 1 umah.

Siang td lepas keje, aku rilek2 jap sambil men computer. Nothing to do really. Dah boring, aku gi tido lak. Sedar2 dah kol 4 lebey. Petang tu aku chat ngan Muaz, member lame kat KL dulu. Pastu aku register skype then call ayang aku (ehemm). Petang lagi sket, aku tolong adik aku masak ape yg patut. Arini wat ikan bakar cecah ngan air asam. Really simple menu hari ni, tak macam 2-3 hari sebelum ni.

Thats it for now. Aku nak tido. Zassssss

Sunday 16 September 2007

Ceritera Hari Ahad

Bosan , Malas & Dugaan

Pagi tadi nak gi keje, tersangat la liat nak bangkit sebab hujan. Dugaan sungguh! Kalau ikutkan hati, nak call spital untuk off sick jer. Tapi tak bule plak, sebab esok ade menteri dari Scottish Parliment nak datang untuk rasmikan ward cancer kat Beatson. Jadi kena cuci spital tu bersih2. Org penting beb! Lagi pun last week ade kwn kena 'inverview' dgn manager sebab wat sick call. Nak tanak kena bangun gak la. BOSAN!

Bile kat tempat keje, lain pulak dugaannyer. Dengan kadar kemengantukkan yang super duper, digagahi gak melakukan tugasan. Tapi sebelum tu, masuk staff rest area yg terpencil a.k.a bilik aktiviti jahat aku, untuk lelap seminit dua. Sedar2, dekat 10 minit aku kat dlm bilik tu. Tapi takpe, supervisor tak datang check, so ngan selamba badaknye aku mulakan tugas dengan kadar yg sangat pelahan macam siput babi khinzir. Dalam masa aku keje tu, ade la aku lalu depan reception untuk kutip sampah dlm public toilets yg ade kat kawasan tu. Tiba-tiba, aku terbau sesuatu yang....yang.........sangat sedap! Rupanye guard kat reception tu tengah makan dgn lahapnye. Sabar je aku. "It's Ramadan and u are fasting rite?" tanye mamat tu. Aku pun jawab "yes" aje la. Die tau plak skang bulan Ramadhan dan tau aku tengah puasa.

Menu berbuka puasa arini:

  • Nasi putih dgn kari kambing
  • Bubur kacang
  • Apple tart
  • Garlic bread dgn sup ayam+carrot+cream soup
Semua tu kecuali apple tart dimasak oleh mak aku. aku tukang makan jer. terima kasih

Ceritera Semalam

Aku tak update blog semalam disebabkan tak sempat untuk mengupdatekannyer. Dipendekkan cerita, masa kat tempat keje, ade brief pasal menteri nak datang. Then bile balik umah, aku bantai tido. Pastu berbuka kat umah geng2 bujang sebab dorang ade kat tahlil sket. Dapat la merasa ayam madu, sup tulang dengan sayur campur beserta pudding ngan popia yg dimasak oleh geng-geng bujang LELAKI. Dahsyat dorang ni. Lepas tu bawak perut yg memboyot gi masjid untuk smayang terawih. Sampai kat umah, terus tido. Sekian

Ceritera Kelmarin

Hari yg takde mood bagi aku sebab bnyk bende bodo yg aku dah wat. Pertamanye, aku terlepas smayang jumaat sebab tertido. Bile sedar, dah kol 3ptg. Lepas semayang Zohor baru teringat yg aku tak solat Jumaat untuk ari tu. Rugi-rugi! Keduanye, aku dengan bangang masukkan mmc card ke dlm sd card dlm ps3 aku. Dah card tu tak bule keluar. Nak nangis dibuatnye. Setelah bnyk kali mencuba untuk kuarkan tapi masih tak boleh, aku just give up dan tido! Mujurla aku dengan hensemnye berjaya keluarkan card tu keesokkan hari

Friday 14 September 2007

Cerita bodo

Arini aku banyak wat bende-bende bodo. malas nak citer

Thursday 13 September 2007

1st blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blog

Ini adalah 1st blog dari aku. Honestly, aku ni bukannye rajin sangat tulis2 blog ni. Kalau baca org lain punya blog, rajin la. Aku tak pasti sampai bila blog ini akan bertahan.

Ramadhan

Alhamdulilah ke hadrat Illahi, dapat lagi aku bertemu dengan bulan yg mulia ni. Aku berazam nak solat terawih tiap2 malam kat masjid. Tanak ponteng2 lagi dah. Ni kali ke 3 aku menyambut bulan puasa kat Scotland. Takde bazaar yg meriah cam kat Malaysia. Suasana pun same je dengan hari2 yg lain. Tapi cuaca tak sepanas Malaysia, dan ade jamuan berbuka kat masjid tiap-tiap hari, walaupon juadah die same je - kurma dan buahan2 lain sebelum solat maghrib, dan nasi beryani dengan kari kambing beserta capati lepas solat. Kalau makan, mmg tak ingat dunia, terutama makan dengan geng2 Melayu yang lain.

Cuti

Arini aku off kat Apple Computer. 1st day puasa, kena la cuti. Lagi pun semalam aku wat overtime sebab big boss dari US datang, so arini dapat cuti.

Kasut


Baru tadi posmen datang hantar kasut yg aku beli kat ebay. Puma Brasil, mmg sedap pakai masa aku test tadi. Dah beli baru test pakai *bengong* Ni sume angkara Cik Aiza yg menghasut aku beli aritu. Lol. Tapi takpe, tak rasa rugi pon beli, sbb aku mmg carik kasut yg elok pon, dan aku gak yg tunjuk kat die. Kasut yg ade skang ni dah macam belacan, bau pon cam belacan. Seriously.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ish, terasa poyo la plak tunjuk gamba kasut ni